Saya suka bercakap bahasa melayu dengan semua orang yang ada di negara kita Malaysia ni sebab tidak ada sebabnya orang tak faham bahasa melayu. Tapi ada juga orang yang anggap bercakap Inggeris tu lebih tinggi statusnya dari orang yang cakap melayu ni. Sebenarnya semua manusia ni sama saja. Kalau kena tikam mati juga.
Bagi saya, saya suka cakap bahasa yang aku biasa setiap hari iaitu apa yang dikatakan bahasa harian (bahasa melayu harian). Saya rasa bila bercakap atau menyampaikan sesuatu mesej pada komuniti tertentu, kita sepatutnya menjadi diri sendiri bukan jadi terlalu rasmi. Oleh itu saya akan bahasakan diri saya - 'AKU' bermula dari sini.
Ahh.. lega sikit aku. Tertekan kalau nak tulis ayat-ayat rasmi ni. Lagipun blog ni takkan dijadikan rujukan sekolah dan universiti.
Aku kerja di sebuah Bank tempatan. Cawangan tempat aku kerja boleh dikatakan antara tersibuk di KL ni. Setiap hari ramai orang datang ke Bank buat loan dengan aku. Macam-macam perangai dan ideologi pelanggan aku ni. Tapi yang pastinya semua nak pinjam duit.
Ada yang datang cara muka merayu, muka sedih, muka sombong, muka megah dan macam-macam lagi. Semua ok jer bagi aku. Bagi aku semua pelanggan aku adalah kawan baru aku.
Cuma aku tak suka bila ada sesetengah tu termasuk orang melayu kita cakap Inggeris dengan aku. Bagi aku kalau kau negro ke atau orang Iran boleh laa speaking sebab sah-sah ko tak paham cakap melayu aku ni. Ini sekolah kat kampung jumpa aku cakap omputih macam aku ni orang asing. Kekadang aku balaslah cakap Inggeris tu tapi layanan aku macam aku layan pelanggan asing aku yang lain. Maaflaa nak mesra-mesra alam dengan pelanggan macam gini.
Sesetengah tu dia nak tunjukkan status korporat dia. Anak orang kaya. Ada kenalan Dato'. Kalau nak apply loan lebih dari sejuta tu boleh laa aku simpan dalam list. Tapi kalau pinjaman setakat RM 150K pun nak tunjuk megah macam tu, entahlaa apa kata orang kat ko.
Cakap bahasa Inggeris ni bagus. Bagus untuk ko biasakan dengan kengkawan student atau ahli akademik. Lebih-lebih lagi term-term bidang ko penuh dengan bahasa Inggeris sesaje.
Jepun maju jugak dengan bahasa Jepun. Kenapa kita tak boleh? Dah lama sangat ke kita ni kena jajah dulu?
Korang tau tak? Dulu pemimpin kita wujudkan Bahasa Malaysia ni pasal ni lah. Nak majukan bahasa kita ke tahap dunia. Menjadi bahasa dunia maju macam jepun. Biar semua orang dengar je dah tau, ni bahasa melayu bukan bahasa indonesia.
Aku bangga cakap Melayu. Tapi kekadang tu ada term yang aku tak tau tukar ke melayu lagi. So, aku tulis ikut cara aku je laa.
No comments:
Post a Comment